Stringio

Female Ainsah

Kuala Lumpur, Malaysia

Fb_verified
Phone_verified

Profile

Language: English, Bahasa Malaysia, Español


dont be afraid of death.
be afraid of
unlived life...

andai angin lintang di utara,
manakan terbang si burung kedidi,
terhiris lidi terpatah bilahnya,
tertakik balak tetap teguh berdiri.

adat manusia berturut bakti,
bertabur jasa berarak budi,
semakin penuh isinya padi,
semakin rendah menyembah bumi.

beraut rotan,berbuang duri,
terlentur bilah, teranyam saji,
kalau bukan kerana diri,
binasa sudah kemudian hari.

perahu lusuh mudik ke kuala,
pulang membubu sembilang di kali,
benar sungguh tak tumbuh tak melata,
tumbuh ubi melata berisi.

indah tak terperi sulaman tangan,
berlatar sawah seindah senja,
biar bakti tak tampak dek insan,
asal dasarnya kerana yang esa.
14 august 07
1.39 a.m/502 blok 11 kkm, ukm


Copyright© Donuts Bangkok, co. ltd. All rights Reserved.